Download Borang

PERHATIAN!!!!!!!!
Kepada Sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli PLPM sila dapatkan borang PLPM disini :

Rabu, Mei 20, 2009

KERANA SETITIS AIR MATA USTAZAH...








Alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang telah menciptakan aku
dari setitis air yang kalau jatuh ke bumi memang xde makna..Dan dalam
banyak-banyak sperma yang bergerak Allah telah memilih aku untuk menikmati
kehidupan yang telah Dia ciptakan ni...

Deru angin yang berlalu membelai pipiku sepoi2 bahasa arab ammi…Aku teruja untuk menulis cerita ni, memandangkan ada exmadias yang telah menulis artikel diorang.. cite aku adalah cite benar yang telah aku adaptasikan didalam blog ni..hehe..permulaan perubahan dalam hidup aku..disinilah aku bermula mengorak langkah mengenali duniaku yang sebenar..

Cerita ni berlaku beberapa tahun dahulu,sewaktu aku di tingkatan 4 lagi..masa tu aku di kelas 4B ( maklumla tak pandai macam kawan2 4A). Aku seorang pengawas sekolah yang telah dilantik oleh seorang Ustaz yang memang terkenal degan ketegasannya dalam bidang disiplin dan tatatertib budak2 nakal ( sape lagi kalau bukan Ustaz Aziz, semoga beliau sihat selalu ).camne aku nak street to da point cite ni yee..hehe..senang cite dikisahkan pada suatu hari sewaktu aku ditingkatan 4 aku telah dipanggil oleh seorang ustazah yang memang terkenal dengan keberanian dan kegarangannya dalam mendisiplinkan pelajar2..Ustazah Rogayah nama sebenar, adalah seorang ustazah yang sangat tegas tetapi baik hati mendidik pelajar2nya..

Ustazah nak jumpa aku masa tu sebab ada hal yang nak dibincangkan. .aku pun pikiq la, apa la salah aku ni,sampai ustazah nak jumpa, xpernah2 dia nak jumpa aku..Lalu aku dengan muka dan wajah yang bersalah terus meluru pergi berjumpa dengan ustzh Rogayah. .

Rupa-rupanya ustazah nak bagi nasihat kat aku..Aku sembang dgn Ustazah dpan pjabat.. sembang punya sembang last2 ustazah menitiskan air mata kat depan aku..perghh!!! biaq betui ustazah ni (kata dalam hati aku)…Ustazah bagi nasihat kat aku supaya aku berubah jadi pelajar yang baik, jangan la ikut terpengaruh dengan budaya2 yang tak sihat kat luaq sana tu..paling aku xleh lupa ustazah cakap kat aku ehem!!....”Ustazah dah anggap kamu ni macam adik ustazah sendiri”...tersentak hati aku ni, pasai pa aku pun xtau..aku tau aku ni memang nakal, tapi aku xpernah buat kejahatan-kejahatan yang boleh menyalahi agama dan undang2..Lepaih dari peristiwa tu,aku mula berfikir, betul jugak cakap ustazah tu, sampai bila aku nak hidup macam ni tanpa matlamat hidup..

Lalu hari demi hari aku mengorak langkah berusaha belajar bersungguh-sungguh,.Alhamdulillah aku dh nampak jalan,( kalau dulu jalan mati jee )… Paling aku xleh lupa masa form 5 pertama kali aku dapat no 1 kat dalam kelas (xde la bangga sangat cuma jadi motivasi untuk aku terus yakin pada diri dan teruskan belajar).. Lepas SPM aku terus sambung belajar kat UDM dan kini aku di tahun akhir Universiti Al-Azhar, Damanhur, Mesir.

Aku nak ucapkan terima kasih kat Ustazah Rogayah sebab dia dah bnyak mengubah hidup aku supaya menjadi manusia. Hasil titisan air mata dia tu buatkan aku terkenang sampai sekarang..Aku kecewa sebab aku xsmpat nak ucap terima kasih kat dia masa aku form4 sebab dia banyak tolong dalam pelajaran..aku nak bagi hadiah tapi dia dah pindah sekolah..aku xsempat nak jumpa..( kalau ada sesape trjumpa dgn dia cakap aku ucap tima kasih bebanyak )
Sempena Hari Lebaran yang Mulia ni ehem!! Hari Guru ni, aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kat Ustazah Rogayah dan kepada semua Ustazah2 ,Ustaz2 dan Guru yang telah mendidik aku masa belajar di Madias dulu..Jasa korang semua aku xpernah lupa.. sebab disitulah aku belajar bermacam2 perkara dalam hidup aku..Walaupun kita hanya sekolah yang menumpang disekolah orang lain, dan gaji yang dibayar kepada Guru tidaklah selumayan berbanding sekolah lain, tetapi berkat keikhlasan dalam mendidik dan member I tunjuk ajar kepada kami, itulah yang telah menjadikan kami sebagai manusia yang berilmu dan mengenal diri…

Aku rasa dah sampai masanya aku mengundurkan diri dari cerita aku yang penuh dengan keserabutan sebab aku baru balik dari exam terus buka laptop dan tulis cerita ni..sape2 yang ahli bahasa tu harap dapat maafkan aku diatas kesalahan tatabahasa Melayu..hehe..







“Kegagalan dalam kemuliaan
lebih baik dari kejayaan dalam kehinaan. Kepahitan hidup yang diterima dengan
lapang dada bererti telah mendekati tangga keberhasilan hidup. Tidak ada yang lebih kaya dari akal dan tidak
ada yang lebih miskin dari kejahilan”.










“SELAMAT HARI GURU”

( ex-MADIAS 1999-2003 )
Mann_muslimz ( http://syarbinimuslim.blogspot.com/ )
Universiti Al-Azhar,
Behira, Damanhur, A.R.E



0 ulasan:

About This Blog

About This Blog

  © exmadias.blogspot.com created by mann_muslimz 2009

Kembali ke ATAS