Download Borang

PERHATIAN!!!!!!!!
Kepada Sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli PLPM sila dapatkan borang PLPM disini :

Jumaat, Mei 15, 2009

HUH...BACA...HUH..KOCONG-KOCONG...(AYAT PAK AZIZ)


assalamualaikum...salam kasih sayang buat exmadias,para blogger dan pembaca sekalian..mudah-mudahan kita semua dibawah rahmat dan kasih sayang Tuhan Yang Maha Penguasa...ana berasa terpanggil untuk berkongsi secebis kenangan yang penuh warna warni kebahagiaan di teratak maahadini..tempat ku bermula segalanya..pada kali ini...ana mulakan dengan cerita PAK AZIK...(ustaz aziz) hehe..ustaz yang TERgarang sekali kat madias dulu...kenai tak?kenai kan...u.aziz dulu pernah jadi guru kelas 5 asfar(kelas ana la tu...) sebelum ana pakai uniform pengawas u.aziz lantik ana jadi pen. ketua kelas..awl2 thn la huhu tiap2 hari kena amik buku kedatangan..asal nk pi jumpa ja..sejuk tgn ni macam ais..berdebar je..nak tahu ustaz aziz ni macam mana??berikut adalah butiran ustaz aziz...


1 : bertugas untuk menekan loceng time rehat dan balik..(mulianye tugasnye...huhu)
2 : membanteras gejala sosial yang berlaku di mahadini cth couple,merokok,melepak dan sebagainya juga merangkap guru kaunseling.
3 :mempunyai kereta antik yang berwarna hitam no plat D 5412(enjin nye MasyaAllah....)
4 : merotan dan memukul pelajar lelaki yang berbuat bising dan bermain bola didalam kelas..(pasai banggunan sekolah kayu je pon..xagak2 nak main.......)
5 : kelas akan tiba-tiba jadi sunyi dan sepi apabila beliau melintasinya.
6 : amat menitikberatkan masalah disiplin di kalangan pelajar cth datang lewat dan etika pemakaian.
7 : berusaha memanggil pelajar lelaki yang tidak makan di kantin ketika waktu rehat(sbb nya ada sorang pakcik latip ni buka kedai rojak buah kat tepi pagar
sekolah. so bebudak laki xmkn kt kantinla..)
8 : time perhimpunan jangan ada yang cuba bersembang...kalau tak..hihi tau2 ler pak azik kan..sekali jerkah menggigil semua orang tambah2 ana la.. dan apabila nyanyi lagu sekolah kena bagi sama..kalau tak kena ulang semula.
9 : agak sukar untuk memahami kalam2 nya ketika mengajar..orang2 tertentu ja faham..huhu
10 : walaupun nampak garang tapi..suka buat lawak..sekali buat lawak..gelak xleh nak stop dah...hehe

pernah sekali tu..u.aziz masuk ajar hadis masa form4(2004) time tengah2 mengajar tu tetiba ust kata "haa...ente bangun jawab doa ibubapa mcm mana??" tak penah2 nye tanya ana ni..pasal ana ni kan pendiam je kt sekolah...(haha..) oleh kerana keketaran dan kedebaran mengatasi situasi dan melanda diri ana time tu..ana pi baca doa makan...ya Allah...syukurlah dok kt depan....xdengar sgt laa..(huhu..kalo tak malu la ana...) u.aziz pun mcm pelik2 je...tapi last sekali ana jwb betul la...


lepas tu,satu hari ana dah pakai uniform pengawas..nak jumpa ust la tukar jawatan pen. ketua kelas..masa ni hanya Allah ja yang tau perasaanku..dengan penuh rasa takut ni....jumpala kt pejabat bwh kelas anjung tu laa...(kat mana lagi,situ ja la..) sekali kan..u.aziz baik je dgn ana..betapa bangga nya ana..haha dah tu pulak suh ana tekan loceng...(ingat senang ke dpt tekan loceng tu?org tertentu ja boleh...) lepas dari peristiwa ni kitaorang kamcing la...kalau ada apa2 yang xfaham ana tanya je..(cewwah...cuba kalau sebelum ni..penakut.)


tahun lepas balik bercuti sempat jumpa cikgu2 kat sana..ust aziz skrg dah tak berapa sihat..doakan kesihatan beliau... setinggi-tinggi penghargaan ku hadiahkan buat USTAZ AZIZ..kerna ketegasan beliau juga lah antara faktor ana dapat jejak kaki di bumi kaherah ini...MAAHAD ADDINI...disini langkahku bermula...guru2 yang tekun...banggunan yang serba kurang...bisa melahirkan sang murabbi...sedikit kata hikmat untuk exmadias..."BELAJAR JADI SEPERTI BINTANG..WALAU KECIL..TETAP TERBILANG..."
diilhamkan oleh : UMMUL SYABINAR BINTI JOHARI (EXMADIAS 2001-2005)
azhariah,
darul aman 3 haiyyu sabiek,
madinat nasr,
universiti al-Azhar kaherah,mesir.

Baca Lagi kat bawah...

JIKA DAN JIKA DAN JIKA



jika hari ini seorang Perdana Menteriberkuasa


jika hari ini seorang Raja menaiki takhta


jika hari ini seorang Presiden sebuah negara


jika hari ini seorang ulama yang mulia


jika hari ini seorang peguam menang bicara


jika hari ini seorang penulis terkemuka


jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa


sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa


Baca Lagi kat bawah...

BESAR MAKNA SEORANG GURU...TERIMA KASIH GURUKU...

Sebagaimana yang kita maklum bahawa pada 16 Mei setiap tahun, kaum guru seluruh negara menyambut perayaan hari guru sebagai satu penghargaan dan pengiktirafan terhadap khidmat dan jasa bakti mereka.

Perayaan hari guru ini disambut dengan penuh kesedaran dan keinsafan bagi mengenang pengorbanan dan keluhuran akal budi para guru.
Masyarakat yang berilmu meletakkan guru atau pendidik sebagai insan yang mulia dan berjasa kerana merekalah yang bertanggungjawab mendidik manusia bagi melahirkan generasi muslim yang beriman dan beramal soleh serta sanggup melaksanakan tugas terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Guru dalam sejarah hidupnya sentiasa menghargai kejayaan anak didiknya serta sanggup bekorban dan melakukan apa sahaja untuk manfaat dan kesejahteraan orang lain. Firman Allah taala di dalam Al-Quran :


يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت
Maksudnya:“Supaya Allah taala meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat”. (Surah Al-Mujaadalah: Ayat 11)
Peranan guru adalah luas. Guru adalah pendidik, pembimbing dan pendorong. Dia juga penyampai ilmu, penggerak dan penasihat. Ini bermaksud, guru atau pendidik mempunyai tugas dan tanggungjawab yang mencabar.

Dalam Islam terdapat 4 martabat guru atau pendidik iaitu:

1- Mudarris : yang bermaksud guru yang hanya mengajar mata pelajaran kemahiran mereka sahaja.
2- Mu’allim : yang bermaksud guru yang tidak hanya mengajar mata pelajaran mereka tetapi turut menyampaikan ilmu-ilmu lain.
3- Mursyid : yang bermaksud guru yang menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar.
4- Murabbi : yang bermaksud guru yang mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak didik mereka menjadi manusia yang berilmu, bertaqwa dan beramal soleh.
Sesungguhnya peranan pendidik bukanlah terhad kepada kaum guru sahaja tetapi juga kepada ibubapa, tok guru, tok imam, tok bilal dan siapa sahaja yang mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran, mereka adalah pendidik. Ini bermakna kita semua adalah pendidik.

Peranan guru dalam mendidik masyarakat amatlah besar dan luas. Antaranya ialah:

1- Menyampai aqidah dan keimanan yang tulen untuk menghidupkan hati dan menghubungkan manusia dengan Allah, meyakinkan pertemuan dengan Allah, mengharapkan rahmatNya dan takutkan siksaanNya.
2- Menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran meliputi fardhu ain dan fardhu kifayah yang menjadi asas ubudiyah (pengabdian diri kepada Allah), hubungan harmoni sesama manusia dan alam.
3- Membentuk akhlak atau peribadi mulia supaya menjadi contoh tauladan kepada orang lain.
Sehubungan dengan itu, marilah kita sama-sama menghayati nasihat Luqman Al-Hakim sebagaimana yang digambarkan oleh Al-Quran:
يبنى أقم الصلوة وأمر بالمعروف وانه عن المنكر واصبر على ماأصابك إن ذلك من عزم الأمور
Maksudnya:“Wahai anakku! Dirikanlah Solat (sembahyang), dan suruhlah berbuat baik serta cegahlah kemungkaran dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpa kamu, sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya”. (Surah Luqman : Ayat 17)
Pada hari ini ada orang menganggap tugas mendidik tiada kaitan dengan peranan dan tanggungjawab kita. Jika tanggapan ini berterusan, kita bimbang penyakit sosial yang melanda remaja Islam hari ini semakin parah.
Sabda Rasulullah Sollallahu `alaihi wasallam:
كلكم راع وكلكم مسؤل عن رعيت
Maksudnya:“Setiap kamu adalah penjaga dan setiap kamu ditanya berkaitan dengan tanggungjawabnya”. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Baca Lagi kat bawah...

PERSATUAN LEPPASAN PELAJAR MAAHAD DINI (PLPM)


Baca Lagi kat bawah...

About This Blog

About This Blog

  © exmadias.blogspot.com created by mann_muslimz 2009

Kembali ke ATAS