Download Borang

PERHATIAN!!!!!!!!
Kepada Sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli PLPM sila dapatkan borang PLPM disini :

Sabtu, Mei 16, 2009

USAHA MASIH DIJALANKAN...INSYALLAH BAGUNAN INI SIAP



SyEIKH Yahaya Jusoh menunjukkan projek sekolah Maahad Dini yang terbengkalai sejak enam tahun lalu di Jalan Suka Menanti, Alor Star, Kedah, baru-baru ini.- Gambar SAFINA RAMLI

Usia penubuhan Maahad Dini di negeri ini telah menjangkau hampir 20 tahun, namun sekolah agama ini masih belum mempunyai bangunan sendiri.
Dalam usia sebegitu, sebuah sekolah agama perlu mempunyai sebuah bangunan sendiri untuk memantapkan lagi sistem pendidikannya kerana sehingga kini ramai pelajar memilih untuk meneruskan pengajian mereka dalam aliran agama.
Pengerusi Binaan Maahad Dini, Datuk Syeikh Yahaya Jusoh berkata, sejak dari dulu pelajar-pelajar maahad itu terpaksa menumpang di Maktab Mahmud untuk meneruskan pengajian mereka.


"Sejak 1989 lagi, pelajar Maahad Dini terpaksa menumpang di Maktab Mahmud dan harapan pelajarnya untuk memiliki bangunan sekolah sendiri berkecai setelah projek pembinaan sekolah ini terhenti pada 2002 akibat ketiadaan dana.


"Kami amat berharap kerajaan dapat membantu pihak kami dari segi kewangan untuk memastikan projek bangunan Maahad ini dapat diteruskan semula untuk keselesaan para pelajarnya,


Mengikut perancangan asal, bangunan itu nanti akan mempunyai dua blok sekolah, bangunan pentadbiran dan kantin sekolah.


Menurut Syeikh Yahya, permohonan pelajar-pelajar di negeri ini untuk meneruskan pengajian mereka dalam bidang agama di Maktab Mahmud menjangkau sehingga 3,000 orang setiap tahun.


Jelasnya, disebabkan itu, Maahad Dini ditubuhkan untuk menampung jumlah pelajar yang berminat untuk meneruskan pengajian mereka dalam aliran agama.


"Pada tahun 2002, kami mendapat bantuan daripada kerajaan dan pihak swasta namun bantuan ini dihentikan (BANTUAN PEKAPITA SAR) dan kami tidak dapat meneruskan pembinaan bangunan.


"Sehingga kini, hampir enam tahun projek ini terbengkalai dan kami masih tidak dapat meneruskan pembinaannya kerana tabung pembangunan Maahad ini juga mengalami kekurangan dana," ujarnya.


Tambahnya, kos untuk meneruskan semula projek bangunan Maahad ini kira-kira RM5 juta dan dia amat berharap kerajaan dan badan-badan korporat dapat membantu kami untuk meneruskan projek ini.


"Saya berharap projek ini dapat diteruskan kerana bidang pengajian agama sentiasa menjadi pilihan pelajar," tambahnya.


Kepada sesiapa yang ingin mengisi dana projek itu, mereka boleh menyalurkannya kepada Tabung Pembangunan Maahad Dini melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad nombor 02011010044110
.

0 ulasan:

About This Blog

About This Blog

  © exmadias.blogspot.com created by mann_muslimz 2009

Kembali ke ATAS